Pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia tengah hari tadi sebagai satu kehilangan besar kepada negara. FOTO Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia tengah hari tadi sebagai satu kehilangan besar kepada negara. FOTO Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Norasikin Daineh


Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia tengah hari tadi sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Beliau berkata, Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang baik dan berpandangan jauh serta memahami sentimen rakyat.

"Saya bukan saja kehilangan rakan seperjuangan, malah seorang rakan yang baik.

"Saya mewakili kerajaan negeri dan rakyat Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak atas kehilangan pemimpin kesayangan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Adenan, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 4:59 PM