Abang Johari kelihatan sebak semasa sidang media khas tadi.
Abang Johari kelihatan sebak semasa sidang media khas tadi.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Petrajaya: Jenazah Tan Sri Adenan Satem akan dikebumikan esok selepas solat Zuhur.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di sini, selepas disolatkan di Masjid Jamek Negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri memberikan cuti pelepasan umum bagi membolehkan rakyat memberikan penghormatan terakhir bermula jam 10.30 pagi hingga jam 1 petang esok.

"Pemergian Ketua Menteri adalah satu kehilangan yang besar kepada rakyat Sarawak kerana Allahyarham adalah seorang pemimpin yang mementingkan rakyatnya dalam apa juga hal," katanya dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula hari ini bagi menghormati pemergian Adenan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 4:46 PM