Hayati Ibrahim

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)nya Datuk Azam Baki berkata, tindakan diambil bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

"Idris adalah saksi bagi kes membabitkan pegawai beliau yang pernah ditahan oleh SPRM pada November lalu.

"Pegawai SPRM ke pejabat beliau di Melaka kira-kira jam 2 petang semalam,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Azam berkata, maklumat lanjut berhubung kes berkenaan tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 9:09 PM