Anggota bomba memadamkan kebakaran di stor peralatan sukan SMK Presint 8 (1). FOTO Ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran di stor peralatan sukan SMK Presint 8 (1). FOTO Ihsan bomba
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Sebuah stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 8 (1), di sini, terbakar jam 2.30 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Muhamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.37 petang dan dua jentera dihantar bagi melakukan operasi pemadaman.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati stor yang menyimpan pelbagai peralatan sukan seperti tilam lompat tinggi, alat olahraga dan jaring bola sepak terbakar.

"Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan dalam masa lima minit dengan kekuatan 12 anggota menggunakan tiga aliran hos dari dua jentera," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 8:16 PM