PESERTA menuruni permukaan gua yang penuh lumut dan licin ketika aktiviti eksplorasi gua di Gua Batu Maloi Johol, Negeri Sembilan. FOTO Bernama
PESERTA menuruni permukaan gua yang penuh lumut dan licin ketika aktiviti eksplorasi gua di Gua Batu Maloi Johol, Negeri Sembilan. FOTO Bernama
BERNAMA

Tampin: Gua Batu Maloi yang terletak di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin menampilkan corak kehidupan masyarakat Orang Asli yang masih dikekalkan sehingga kini.

PESERTA terpaksa meredah pelbagai bentuk permukaan ketika aktiviti eksplorasi Gua Batu Maloi Johol. FOTO Bernama
PESERTA terpaksa meredah pelbagai bentuk permukaan ketika aktiviti eksplorasi Gua Batu Maloi Johol. FOTO Bernama

Eksplorasi gua sepanjang 500 meter mempunyai 24 perhentian dan laluan yang sangat ekstrem. Ia mengambil masa empat jam perjalanan melintasi tiga gua utama iaitu Gua Kelawar, Gua Perahu dan Gua Patung Buddha.

PESERTA sedang menikmati keindahan permukaan gua ketika eksplorasi di Gua Batu Maloi Johol. FOTO Bernama
PESERTA sedang menikmati keindahan permukaan gua ketika eksplorasi di Gua Batu Maloi Johol. FOTO Bernama

Setiap gua yang dilalui mempunyai flora dan fauna dengan artifak yang ditinggalkan oleh masyarakat Maloi dan cerita mitosnya tersendiri.

Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat jati diri dan kerjasama berpasukan dengan menitikberatkan aspek-aspek keselamatan.

PESERTA melalui permukaan gua yang mencabar ketika eksplorasi Gua Batu Maloi Johol.
PESERTA melalui permukaan gua yang mencabar ketika eksplorasi Gua Batu Maloi Johol.

Di samping itu, aktiviti lasak dan mencabar semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia khususnya golongan belia yang selari dengan usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat yang cergas di segi fizikal dan mental.

PEMANDU arah, Rusnani Johari, 33, ditugaskan untuk mengetuai eskplorasi di Gua Batu Maloi Johol. FOTO Bernama
PEMANDU arah, Rusnani Johari, 33, ditugaskan untuk mengetuai eskplorasi di Gua Batu Maloi Johol. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 7:57 AM