FAIZ  Subri (dua dari kanan) memakai sepersalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam sambil diperhatikan oleh Yang Di Pertua Armada Malaiu Malaysia, Mass Ahmad Kamal (dua dari kiri) di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
FAIZ Subri (dua dari kanan) memakai sepersalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam sambil diperhatikan oleh Yang Di Pertua Armada Malaiu Malaysia, Mass Ahmad Kamal (dua dari kiri) di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Siti A'isyah Sukaimi


FAIZ Subri menerima satu persalinan lengkap busana tradisonal Melayu lengkap dengan tanjak Mahkota Alam, di Sepang, malam tadi.

Penyerahan dilakukan mirip adat menghantar pergi utusan pembesar kerajaan Melayu lama.

Busana itu diserahkan oleh Yang DiPertua Armada Malaiu Malaysia, Mass Ahmad Kamal kepada Faiz dalam satu majlis ringkas diadakan di hotel terkenal.

Faiz berkata, dia menghargai pemberian itu.

Malah, katanya, dia tidak kekok dan bangga untuk mengenakan pakaian tradisional Melayu di persada antarabangsa.

"Saya tak berani janji (pakai busana ini) kerana saya dimaklumkan suhu di Zurich terlalu sejuk. Tapi, saya akan cuba (pakai)...jika tidak dalam majlis anugerah itu mungkin di luar dewan atau hotel.

"Bagaimanapun, saya akan bawa semua persalinan (Melayu, songket, tengkolok sumbangan Institut Seni Malaysia Melaka)

“Mungkin 'bertukar-tukar' memakainya dengan kot. Tengok pada masa dan kesempatan," katanya.

Faiz, 29, dijangka berlepas ke Zurich bersama isteri, Norzawanis Hashim, 29, dan dua anak lelakinya, pada 10.15 pagi esok.

Anak kelahiran Air Itam, Kedah, itu akan berada dalam satu majlis dunia berikutan dipilih antara tiga calon akhir untuk anugerah Puskas 2016.

Penyerang Pulau Pinang itu menempa nama apabila menghasilkan gol ajaib menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 30 meter ketika bertemu Pahang, dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, pada 16 Februari 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 12:13 AM