Mohd Hasbi Sidek


Serdang: Polis berkas dua lelaki di Seri Kembangan selepas mencederakan dua lelaki ketika mereka bertengkar di restoran di Bukit Serdang, hari ini.

Difahamkan, ia berpunca daripada suspek memberi amaran kepada mangsa agar tidak berhubung dengan kakaknya, pada kejadian kira-kira 4 pagi.

Namun, mangsa mempersoalkan amaran itu sebelum dia dan rakan dibelasah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, berkata suspek kemudian mengeluarkan parang dan menetak dada seorang daripada mereka.

"Mangsa dan rakannya yang cedera dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

“Berikutan itu, polis menahan kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun di dua lokasi berbeza, pada tengah hari, untuk membantu siasatan mengiku Seksyen 324 Kanun Kesekesaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 10:52 PM