Abdul Rahemang Taiming

Tawau: Polis merampas syabu seberat 6.176 kilogram (kg) bernilai RM676,500 dengan tertangkapnya dua lelaki di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Bunga, Fajar di sini, jam 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek berusia 29 dan 48 tahun diberkas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika mahu memasuki sebuah kereta jenis Toyota Vios.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan mendapati sebuah beg berisi syabu berkenaan.

"Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 3:56 PM
Fadil (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Tawau, Asisten Superintendan Ederian Masaat (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Firdaus Mohd Baharuddin (kanan) menunjukkan dadah jenis syabu dirampas. FOTO Abdul Rahemang