TRUMP dan isteri, Melanie pada hari Tahun Baru lalu. - AP
TRUMP dan isteri, Melanie pada hari Tahun Baru lalu. - AP

Washington: Bakal presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump semalam berjanji, Korea Utara tidak akan membangunkan misil nuklear yang mampu menjejaki wilayah Amerika Syarikat.

Kenyataan itu dibuat menerusi akaun Twitternya sehari selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dilihat memberi tekanan kepada Trump dengan mengumumkan negaranya kini diperingkat akhir untuk menyiapkan misil balistik antara benua.

Kim dalam ucapan sempena Tahun Baru juga berkata, negaranya berjaya mengukuhkan senjata nuklearnya tahun lalu.

“Korea Utara mendakwa ia diperingkat akhir menyiapkan senjata nuklear yang mampu menjejaki wilayah Amerika Syarikat. Ia tidak akan berlaku!” kata Trump. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 9:41 AM