X
MUHAMMAD Nur Nifail (kanan) dan adiknya Muhammad Nur Nufail M Pudin di SK Tanjung Aru 1, hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin
MUHAMMAD Nur Nifail (kanan) dan adiknya Muhammad Nur Nufail M Pudin di SK Tanjung Aru 1, hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin
Erdiehazzuan Ab Wahid
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Kehadiran pasangan kembar seiras pada hari pertama sesi persekolahan 2017 menarik perhatian ibu bapa dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1, di sini, hari ini.

Pasangan kembar Muhammad Nur Nifail M Pudin dan adiknya Muhammad Nur Nufail M Pudin berusia tujuh tahun.

Muhammad Nur Nifail dan adiknya mengakui rasa teruja datang ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan.

"Kami tidak diberikan kelas yang sama namun akan tetap bersama apabila waktu rehat dan pulang.

"Sudah pasti, kami gembira dapat rakan baru dan guru sekolah yang baik mendidik kami," katanya.

Terdahulu, Guru Besar SK Tanjung Aru 1 Abdul Gahni Mohd Kassim berkata, seramai 157 murid mendaftar Tahun Satu di sekolah berkenaan.

"Syukur pada hari pertama persekolahan ini, semua perancangan yang diatur khususnya untuk murid Tahun Satu berjalan dengan lancar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 12:13 PM