AINUL Adawiyah (kiri) dan Ainul Zinnirah berbual dengan Guru Besar SK Convent, Rafiah Abd Razak pada hari pertama pesekolahan. FOTO Effendy Rashid
AINUL Adawiyah (kiri) dan Ainul Zinnirah berbual dengan Guru Besar SK Convent, Rafiah Abd Razak pada hari pertama pesekolahan. FOTO Effendy Rashid
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Walaupun terpaksa berpisah dan ditempatkan di kelas berasingan, pasangan kembar, Ainul Adawiyah dan Ainul Zinnirah Mohd Zarulhafiz tetap teruja dan gembira memulakan sesi persekolahan Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Ipoh di sini, hari ini.

Tidak seperti murid yang ketakutan dan menangis, pasangan kembar itu kelihatan tidak kekok malah gembira bersuai kenal dengan rakan baru.

Ainul Adawiyah yang mesra dengan panggilan Kakak ketika ditemui berkata, dia langsung tidak merasa takut mahu memulakan persekolah malah gembira mahu mendapat kawan baharu.

"Kakak tak takut nak masuk sekolah hari ini dan duduk asing dengan adik pun tak kisah.

"Seronok dapat masuk sekolah hari ini sebab dapat kawan baru dan cikgu pun baik-baik," katanya.

Bapanya Mohd Zarulhafiz Abdul Razak 34,berkata, keadaan menjadi agak kelam kabut untuk menguruskan tiga orang anak termasuk kembar yang mula bersekolah hari ini.

Katanya, anak kembarnya itu memang sudah terbiasa diletakkan di kelas berasingan sejak di tadika lagi.

"Saya harap mereka dapat belajar dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 11:36 AM