Peniaga mencuci kedai selepas premis mereka dimasuki air akibat banjir kilat di Jalan Segget, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin.
Peniaga mencuci kedai selepas premis mereka dimasuki air akibat banjir kilat di Jalan Segget, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin.
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak 3 petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru berkata, antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan Skudai (hadapan Kipmart Tampoi), Jalan Wong Ah Fook (Komtar JBCC), Kampung Bakar Batu, Jalan Tebrau (berhadapan Wisma Daiman) dan Jalan Permatang, Kempas.

Katanya, keadaan itu menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balairaya Kampung Permatang, Kempas, pada jam 4.40 petang.

"Empat keluarga terdiri daripada 32 mangsa ditempatkan sementara di sana.

"Mereka terdiri daripada enam lelaki, lima wanita, enam kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki," katanya.

Menurutnya, air sudah kembali surut dan terkawal.

"Penghuni rumah yang terjejas ada yang pulang untuk membersihkan kediaman mereka, namun PPS masih dibuka bagi menempatkan kanak-kanak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 7:36 PM