Bas yang terbakar di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Balai Ringin, petang tadi. FOTO Ihsan bomba
Bas yang terbakar di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Balai Ringin, petang tadi. FOTO Ihsan bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Serian: Pemandu bas berusia 39 tahun melecur tangan dan telinga kiri selepas bas dipandunya terbakar di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Balai Ringin, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang ketika bas berkenaan membawa 26 penumpang dari Kuching menuju Sibu dan Miri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kejadian dipercayai berlaku di bahagian enjin kenderaan itu.

"Semua penumpang dan seorang pemandu gantian selamat kerana berjaya menyelamatkan diri keluar dari bas sebelum api marak.

"Api dipadamkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian serta dibantu anggota sukarela dari Balai Ringin," katanya.

Katanya, pemandu yang cedera di hantar ke Klinik Kesihatan Balai Ringin untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 5:50 PM