KIM
KIM
Agensi

Seoul: Korea Utara kini dalam peringkat akhir untuk menyiapkan misil balistik antara benua, kata pemimpin negara itu, Kim Jong-Un.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru, Kim juga berkata, negara itu mencapai kejayaan besar tahun lalu dalam usaha mengukuhkan senjata nuklearnya.

Korea Utara melakukan dua ujian nuklear dan beberapa pelancaran misil sepanjang tahun lalu dalam usahanya membangunkan sistem senjata yang mampu menyasarkan tanah besar Amerika Syarikat dengan peledak nuklear.

“Kita menyaksikan kejayaan demi kejayaan untuk mengukuhkan kuasa tentera kita. Persediaan untuk meguji pelancaran misil balistik antara benua kini dalam peringkat akhir,” katanya.

Bagaimanapun, pemerhati berbeza pendapat mengenai kemampuan Pyongyang dalam usaha merealisasikan impian nuklearnya, lebih-lebih lagi ia tidak pernah berjaya dalam pengujian misil balistik antara benua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 7:43 AM