MODEL terbaru Honda BR-V khusus untuk pasaran Asia.
MODEL terbaru Honda BR-V khusus untuk pasaran Asia.
PERUMAH lampu hadapan.
PERUMAH lampu hadapan.
PERUMAH lampu belakang.
PERUMAH lampu belakang.
TRANSMISI CVT yang lancar untuk sebuah kenderaan keluarga.
TRANSMISI CVT yang lancar untuk sebuah kenderaan keluarga.
RUANG kokpit yang ringkas dan mudah dicapai pemandu.
RUANG kokpit yang ringkas dan mudah dicapai pemandu.
REKAAN rim terbaharu.
REKAAN rim terbaharu.
BAHAGIAN kerusi hadapan yang selesa.
BAHAGIAN kerusi hadapan yang selesa.
RUANG kargo melewati isipadu 539 liter.
RUANG kargo melewati isipadu 539 liter.
RUANG dalaman yang selesa.
RUANG dalaman yang selesa.
Mohd Razlan Salleh


Kebiasaannya menjelang tahun baharu, beberapa syarikat automotif seluruh dunia memperkenalkan model terbaharu bertujuan merancakkan pasaran selain mengekalkan momentum jualan.

Walaupun jualan kenderaan di negara ini keseluruhannya menyusut, pemain industri masih optimis terhadap kuasa beli orang ramai sekiranya ditawarkan dengan produk berbaloi.

Antaranya Honda Malaysia akan memperkenalkan ‘crossover’ terbaharu mereka, BR-V atau ‘Bold Runabout Vehicle’ yang sudah tidak asing di Thailand dan Indonesia.

Menariknya, jentera tujuh tempat duduk ini didatangkan dengan beberapa penambahbaikan ruang dalaman khusus untuk pasaran negara ini, berbeza dengan model sama di negara jiran.

Kesempatan memandu uji model BR-V di Bangkok baru-baru ini, membuktikan model terbaharu itu memenuhi impian mereka yang mahukan sebuah kenderaan praktikal, luas, berjenama dan menjimatkan bahan api.

Melihat kepada susuk tubuhnya, jelas kelihatan tegap dan bergaya. Tambahan pula, padanan rim bersaiz 16 inci menambah lagi karakternya seakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Model ini direka dan dibangunkan oleh jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda Asia Pasifik di Thailand dan Indonesia, khusus untuk pasaran Asia Tenggara serta India.

Selepas berpeluang memandu uji sejauh hampir 200km bermula dari Bangkok ke Ratchaburi sebelum berpatah balik ke ibu negara Thailand, penulis beranggapan inilah jentera yang dinantikan mereka yang berkeluarga atau individu yang berjiwa aktif.

Laluan membabitkan lebuh raya dan jalan biasa selain menempuh kesesakan jalan raya di ibu negara Siam itu membolehkan keupayaan jentera ini diuji sepenuhnya.

BR-V dibina daripada platform sama yang membentuk model kompak Brio, sedan Amaze dan MPV Mobilio. Di sini dapat dilihat kejuruteraan Honda yang memanfaatkan ruang dalamannya sehingga mampu memuatkan sehingga tujuh individu dewasa dengan selesa.

Kerusi barisan ketiga juga tidak mengecewakan apabila menempatkan ruang kaki yang luas serta posisi tempat duduk tidak terlalu mencangkung seperti kenderaan lain akibat kedudukan kerusi yang terlalu rendah.

Sekiranya tidak diperlukan, kerusi barisan ketiga boleh dilipat lantas menjadikan ruang kargo seluas 539 liter. Tiga corong pendingin hawa di bahagian tengah membolehkan penumpang belakang tidak kepanasan.

Model ini dijana enjin empat silinder SOHC i-VTEC 1.5L, nadi sama digunakan City dan Jazz. Padanan kotak gear CVT bersama kuasa 120PS dan tork sehingga 145Nm, membolehkan jentera ini meluncur dengan lancar di sepanjang perjalanan.

Namun perlu dingat, ini adalah jentera keluarga tujuh tempat duduk, sudah pasti ia tidak dicipta untuk kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan enjinnya terbukti apabila jentera ini mampu memecut sehingga melebihi 160 km/j.

INFO

• ENJIN: GW4G15B 1.5 VVT Pengecas Turbo 4 silinder

• KUASA MAKSIMUM: 147HP pada 5,600rpm

• TORK MAKSIMUM: 210Nm pada 2,200 hingga 4,500rpm

• TRANSMISI: 6 kelajuan AT

• CIRI KESELAMATAN: Beg udara SRS, ABS, ESP, TPMS, ISOFIX

• HARGA: RM89,950 (STD MT), RM98,950 (Comfort AT) dan RM101,950 (Premium AT) atas jalan termasuk insurans

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 5:03 AM