SAKURA Band.
SAKURA Band.
Syanty Octavia Amry


Bakal muncul dengan single kedua Yakiniku selepas Polaroid, kehadiran banyak band nyata tidak menggugat kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sakura Band.

Bagi kumpulan yang dianggotai oleh Mell selaku vokalis, Ali (gitar), Haniff (gitar) dan Akai (bass) ini, mereka punya kekuatan sendiri sehingga mampu mempertahankan jenama Sakura Band.

Lebih daripada itu single mereka berjudul Polaroid begitu meletup-letup dan menjadi antara lagu yang paling digemari sepanjang 2016 ini.

Lagu berkenaan turut layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 31, baru-baru ini. Meskipun tidak berjaya ke peringkat akhir, ia tetap satu pencapaian yang membanggakan buat setiap ahlinya.

“Kami anggap Polaroid adalah lagu kepada identiti muzik Sakura Band sendiri. Selepas selalu menyanyikan lagu ciptaan orang lain, Polaroid adalah hadiah 'original' kami untuk peminat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 6:33 AM