myMetro

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu berlainan bentuk iaitu rumah bumbung panjang, rumah serambi dan rumah serambi gajah menyusu.

Rumah serambi gajah menyusu bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti seekor gajah tengah menyusukan anaknya.

Sama dengan ruang dapur yang bumbungnya lebih rendah daripada bumbung unit rumah utama turut menggambarkan gajah tengah menyusu.

Menariknya rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar.

Sementara komponen bangunannya terdiri daripada rumah ibu dan dapur.

Pembahagian ruangnya pula terdiri daripada ruang rumah tangga di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur.

Material pembinaan rumah ini membabitkan kayu cengal dan meranti sementara bumbungnya beratapkan rumbia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:04 AM