TERTUDUH (tengah) dihadapkan ke mahkamah majistret. FOTO Farizul Hafiz Awang
TERTUDUH (tengah) dihadapkan ke mahkamah majistret. FOTO Farizul Hafiz Awang
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini selepas dituduh menculik pengarah urusan bergelar Datuk di tempat meletak kereta di hotel di Indera Mahkota, di sini, 26 Disember tahun lalu.

Tertuduh Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, didakwa atas kesalahan menahan Datuk Chin Yoke Choon bagi memperoleh wang tebusan sebanyak RM19 juta dengan melarikan serta mengurungnya secara salah bersama tiga lagi individu yang masih bebas.

Kedua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam S Sundarajan manakalan pendakwaan dilakukan oleh Faridz Gohim Abdullah dan Muhamad Asyraf Md Kamal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2016 @ 1:09 PM