FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Mohd Fadly Samsudin


Serdang: Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 21.5, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Mohd Alias berkata, mangsa T Logindran menunggang sendirian motosikal Honda EX5 dari arah Sunway menghala ke Putrajaya.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar tembok konkrit di bahu jalan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala kerana didapati tidak memakai topi keledar.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 1:16 PM