ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air. FOTO Ihsan bomba
ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air. FOTO Ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Lawas: Tujuh belas mangsa banjir daripada tiga keluarga dari Kampung Siang-Siang di sini, dipindahkan ke Dewan Masyarakat Trusan, apabila kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.47 malam.

Menurutnya, banjir membabitkan sebuah rumah yang didiami tiga keluarga dengan air naik kira-kira 0.5 meter.

"Lima anggota bomba membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara.

"Sehingga 8 pagi ini, cuaca masih mendung dengan banjir di kawasan terbabit semakin surut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 10:25 AM