PEMAIN futsal UiTM Melaka ceria muncul juara KARISMA 2016 di Kota Bharu.
PEMAIN futsal UiTM Melaka ceria muncul juara KARISMA 2016 di Kota Bharu.
Nazri Abu Bakar


Melaka: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka muncul juara Kejohanan Futsal Karnival Sukan Mahasiswa UiTM Malaysia (KARISMA) di KB Futsal Arena Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Mereka menewaskan UiTM Shah Alam 2-1 pada aksi final.

Lebih manis buat UiTM Melaka itu mereka mengecewakan pasukan pilihan UiTM Shah Alam yang juga juara Liga Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kebangsaan 2016.

Pada peringkat kumpulan mereka tewas 0-1 kepada UiTM Shah Alam sebelum menang 6-3 menewaskan UiTM Terengganu selain menewaskan UiTM Selangor 3-0 pada suku akhir, mengatasi UiTM Perlis 2-0 di separuh akhir sebelum menundukkan UiTM Shah Alam pada perlawanan akhir.

Menurutnya, sokongan pengurusan termasuk Rektor UiTM Melaka Profesor Madya Dr Mohd Adnan Hashim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Norazman Harun dan Pegawai Sukan Mohd Tarmizi Mahmud serta warga kampus memberi impak besar terhadap kejayaan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 8:28 AM