Nadzreen Shah Mat Salim


Sungai Buloh: Lapan rumah kongsi yang diperbuat daripada kontena musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.17 malam sebelum menggerakkan 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan Balai Bomba dan Penyelamat Damansara ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapatiapi sedang marak dan memusnahkan semua rumah kongsi berkenaan 100 peratus.

"Kami mengambil masa kurang sejam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran itu," katanya.

Katanya, semua penghuni rumah kongsi berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan punca kebakaran masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 3:05 PM
KEBAKARAN rumah kongsi. FOTO ihsan pembaca
KEBAKARAN rumah kongsi. FOTO ihsan pembaca