LELAKI suku kaum ini mempunyai potongan rambut luar biasa dan mewarnakan tubuh mereka.  FOTO National Geographic
LELAKI suku kaum ini mempunyai potongan rambut luar biasa dan mewarnakan tubuh mereka. FOTO National Geographic
Agensi

Brasilia: Ketika dunia luar berubah dengan pantas, masih ada masyarakat yang menjalani kehidupan seperti nenek moyang mereka ribuan tahun lalu.

Gambar menakjubkan yang dirakam minggu lalu dari sebuah helikopter yang terbang rendah di satu kawasan hutan Amazon menunjukkan sekumpulan suku kaum, mungkin yang terakhir yang belum pernah berhubung dengan dunia luar.

Suku kaum itu dikatakan hidup berpindah-randah jauh di pedalaman hutan hujan Brazil berhampiran sempadan Peru.

Apabila helikopter itu terbang rendah, suku kaum berkenaan kelihatan cemas dan dilihat berlari keluar dari pondok mereka untuk bersembunyi di sebalik pokok.

Beberapa lelaki kemudian dilihat bertindak berani, melepaskan panah primitif, menyasarkan helikopter berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2016 @ 5:11 AM