AHMAD Yusuf meraikan kejayaan sebagai Putera Terbaik MTD Anugerah Menteri Pertahanan bersama adik keduanya Alya Yasmin (kiri) sambil mendukung dua lagi adik iaitu Asmaa dan Yunus di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.
AHMAD Yusuf meraikan kejayaan sebagai Putera Terbaik MTD Anugerah Menteri Pertahanan bersama adik keduanya Alya Yasmin (kiri) sambil mendukung dua lagi adik iaitu Asmaa dan Yunus di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Mengambil inspirasi datuknya yang pernah mendapat Pingat Gagah Berani (PGB) atas jasa membunuh ketua komunis pada 1975 di Pahang menjadi azimat kepada Putera Terbaik Maktab Tentera Diraja (MTD).

Penerima hadiah Menteri Pertahanan 2016, Ahmad Yusuf Ahmad Azani, 17, berkata kisah keberanian datuknya iaitu Staf Sarjan Othman Ismail, 73, dari Rejimen 1 Melayu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sering diceritakan bapanya.

Menurutnya, dia teruja dengan keberanian serta semangat datuknya menyelamatkan platun ketika menentang komunis dan berazam untuk menjadi sehebat datuknya.

“Bidang ketenteraan tidak asing bagi saya. Datuk adalah pejuang negara manakala ayah saya (Ahmad Azani Othman, 41) pula bekas Putera MTD.

“Saya berusaha keras hendak mengalahkan pencapaian datuk dan ayah,” kata anak sulung daripada empat beradik itu selepas menerima hadiah Menteri Pertahanan 2016 disampaikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 5:30 AM