SUSUN atur kerusi dalam salun.
SUSUN atur kerusi dalam salun.
HIASAN dalaman salun yang menarik.
HIASAN dalaman salun yang menarik.

Susun atur perabot dan rekaan dalaman yang eksklusif mudah saja menggamit pelanggan untuk mencuba perkhidmatan penjagaan rambut disediakan Salon number76 di kawasan tumpuan ramai, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan penampilan rambut supaya sentiasa cantik selain mahu tampil berbeza, salun berkenaan menyediakan perkhidmatan yang mampu membebaskan mereka daripada pelbagai masalah biasa dialami rambut.

Kehadiran penggaya dan pengarah teknikal di salun itu tentunya mampu memberikan sentuhan ajaib mengikut potongan pilihan pelanggan.

Menurut Ketua Salun number76 Mont Kiara, Steve Choo, pembukaan salun itu bukan semata-mata untuk memberikan potongan rambut mengikut gaya selebriti terkenal atau idola kegemaran.

Sebaliknya, kata Choo, salun itu membantu pelanggan kelihatan menarik dengan potongan rambut yang bersesuaian dengan bentuk muka dan jenis rambut masing-masing.

"Sekiranya pelanggan mengalami masalah folikel rambut, kami sedia menjalankan tugas membantu menonjolkan sisi terbaik yang ada pada rambut mereka," katanya.

Berpandukan slogan '76 gaya, cara anda!', salun berkenaan menampilkan gaya rambut lebih relevan melalui teknik pemotongan dan dandanan rambut.

Hiasan dalaman salun terbabit turut memberikan ketenangan menerusi sentuhan budaya Jepun untuk membolehkan pelanggan berasa selesa dan tenang sambil mendapatkan gaya sesuai.

Lebih menarik, salun berkeluasan 548.64 meter itu turut memainkan muzik lembut bagi membangkitkan keselesaan dan memberi atmosfera tenang.

Ia memiliki deretan 16 kaunter penggayaan, lima ruang mencuci rambut, satu bilik VIP dengan dua meja penggayaan dan turut memiliki ruang bertirai untuk pelanggan bertudung.

Salun itu turut menawarkan sudut kanak-kanak dengan alat permainan, buku lakaran dan alat tulis bagi mengalih tumpuan si kecil supaya ibu mereka berkesempatan menjalani sesi penggayaan rambut.

Selain di Mont Kiara, salun sama akan dibuka di Atria Damansara Jaya. Tidak hanya memberi tumpuan kepada penggayaan rambut, perkhidmatan lain yang disediakan termasuk penjagaan kuku, rawatan kaki dan gel kuku.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:10 AM