ANWAR dikawal ketat ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
ANWAR dikawal ketat ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Murni Wan Omar


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan menolak semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat.

Dalam keputusan sebulat suara, panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit dan tidak sempurna.

Mahkamah juga memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan semua dakwaan yang dibangkitkan oleh Anwar.

Oleh itu Anwar kekal di dalam penjara Sungai Buloh sehingga selesai menjalani semua hukuman.

Anwar, 69, mengemukakan permohonan semakan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 11:35 AM