NAJIB (kanan) bersama Hsien Loong ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Dua Hala Mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). FOTO Mohd Fadli Hamzah
NAJIB (kanan) bersama Hsien Loong ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Dua Hala Mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor dan Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Pembinaan jambatan tinggi adalah jalan penyelesaian terbaik bagi perkhidmatan rentas sempadan yang menghubungkan Sistem Transit Pantas (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersetuju bahawa pembinaan jambatan tinggi adalah pilihan terbaik.

"Ia adalah pilihan terbaik bagi RTS selain alternatif mengatasi kesesakan di Tambak Johor.

"Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura akan menjadi penghubung bagi RTS itu," katanya pada sidang media bersama Hsien Loong di Bangunan Putra di sini hari ini.

Katanya, perjanjian dua hala mengenai RTS akan ditandatangani pada akhir tahun depan.

Perkhidmatan rel rentas sempadan itu akan menambah baik perjalanan antara kedua-dua negara dan memberikan impak positif bagi kedua-dua bahagian tambak.

Gambar Mohd Fadli Hamzah dan Ahmad Irham Mohd Noor

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 7:32 PM