FOTO Mahzir Mat Isa
FOTO Mahzir Mat Isa
Sudirman Mohd Tahir


PENYANYI veteran, Sahara Yaacob terbuka dengan segala kritikan dan kecaman masyarakat apabila tampil dengan imej tanpa tudung pada Anugerah Melodi 2016, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sahara, 60, berkata, tindakan itu adalah atas pilihan sendiri memandangkan dia dipilih menjadi penyanyi jemputan.

"Saya pernah mendapat kecaman lebih teruk sebelum ini. Malah, saya pernah digelar 'Jeneral Syaitan' oleh seorang pendakwah terkenal.

“Jadi, kalau selepas malam ini saya dikecam lagi, itu bukan masalah besar buat saya.

"Dalam perkara ini masyarakat tidak sepatutnya menghakimi seseorang dengan penampilan luaran.

“Tetapi, biarlah perkara ini antara saya dengan Allah. Iman seseorang itu terletak dalam hati dan bukannya pada penampilan semata-mata," katanya kepada Harian Metro.

Sahara yang digelar Tina Turner Malaysia pada era 1980-an enggan mengulas sama ada itu adalah imej kekalnya selepas ini.

“Hanya Allah saja yang tahu. Lagipun selama dua tahun saya bertudung tak ada siapa pun yang masuk meminang. Saya tak berani nak kata ini imej kekal atau tidak.

"Lagipun pada malam ini (tadi) saya nak memberikan persembahan terbaik. Kata orang malam ini (tadi) saya jadi 'show girl'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 11:30 PM