CHUAH (tengah)  menunjukkan aplikasi LexiEyes yang dibangunkan untuk membantu penuntut buta mengulang kaji pelajaran.
CHUAH (tengah) menunjukkan aplikasi LexiEyes yang dibangunkan untuk membantu penuntut buta mengulang kaji pelajaran.
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail


Kota Samarahan: Tidak dinafikan satu cabaran besar buat individu yang mempunyai masalah penglihatan untuk menyambung pengajian di peringkat universiti kerana kurangnya kemudahan untuk golongan itu.

Ini kerana sukar bagi mereka membawa buku rujukan braille yang tebal untuk mengulang kaji pelajaran dan melaksanakan tugas yang diberi pensyarah.

Menyedari kekangan itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta aplikasi yang membantu menukarkan bahan bacaan bukan braille untuk dibaca menggunakan telefon bimbit.

Aplikasi LexiEyes dibangunkan pada 2014 sebagai ‘mata ketiga’ untuk individu cacat penglihatan menggunakan sistem pengenalan ciri secara optikal (OCR).

Koordinator Pembelajaran Gunaan dan Multimedia UNIMAS Chuah Kee Man berkata, aplikasi itu membolehkan pengguna mengimbas teks dan menukarkan kepada suara pada telefon bimbit masing-masing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 8:51 AM