Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang keluar dari rumah pengasuhnya tanpa disedari selama sejam hari ini, sebelum ditemui orang ramai merayau seorang diri tidak jauh dari rumah pengasuh berkenaan di kawasan perumahan Bukit Rangin di sini, pada 11 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kanak-kanak berkenaan, Nur Dhiya Malaika Muhamad Khairul Anam ditemui orang ramai merayau seorang diri sambil menangis kira-kira 500 meter dari rumah pengasuhnya dan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

“Kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada ibu bapanya yang datang mengambil Nur Dhiya Malaika di balai polis, kira-kira 1 petang.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau penderaan dalam kes ini," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kanak-kanak itu keluar seorang dari rumah pengasuhnya, dipercayai ketika penjaganya tiada di rumah.

Abdul Aziz menasihatkan orang ramai yang menjaga anak kecil supaya lebih berhati-hati kerana sebarang kecuaian boleh menimbulkan padah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 5:52 PM
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad (kanan) mendukung Nur Dhiya Malaika sebelum diserahkan kepada bapanya. - Foto FARIZUL HAFIZ AWANG
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad (kanan) mendukung Nur Dhiya Malaika sebelum diserahkan kepada bapanya. - Foto FARIZUL HAFIZ AWANG
Nur Dhiya Malaika Mohd Khairul Anam yang berusia dua tahun bersama bapanya Mohd Khairul Anam Mohd Zain, 27,
Nur Dhiya Malaika Mohd Khairul Anam yang berusia dua tahun bersama bapanya Mohd Khairul Anam Mohd Zain, 27,