Hayati Ibrahim


Putrajaya: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perisytiharan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat KSN, 13 Disember bukan hari selepas am seperti yang diviralkan dalam media sosial.

"Merujuk kepada kenyataan di media sosial yang dikatakan dikeluarkan oleh KSN adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dan 13 Disember 2016 bukanlah merupakan hari kelepasan am,"katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook (FB) beliau hari ini.

Viral yang disebarkan memaklumkan kerajaan mengisytiharkan 13 Disember sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat

pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V.

Istiadat pertabalan itu dikatakan akan diadakan pada Selasa, 13 Disember ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 11:35 AM