PEDRO (kanan) tamat kemarau kemenangan Porto.
PEDRO (kanan) tamat kemarau kemenangan Porto.

Paris: Ketika Real Madrid dan Borussia Dortmund berebut tangga teratas Kumpulan F, bekas juara dua kali FC Porto dan Sevilla berusaha meraih dua baki tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Kelab gergasi Portugal, Porto, juara Eropah 1987 dan 2004, menanti kunjungan Leicester City pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan kebimbangan FC Copenhagen mengatasi mereka bagi tangga kedua Kumpulan G.

Di sebalik benteng teruk dalam Liga Perdana, Leicester sudah pasti muncul juara kumpulan pada pertandingan elit kelab Eropah itu dan mengelak pasukan seperti Barcelona dan Atletico Madrid pada pusingan berikutnya.

Foxes juga boleh menentukan pasukan mana menyertai mereka ke peringkat kalah mati dengan Copenhagen, ketiga dalam kumpulan itu, ketinggalan dua mata di belakang Porto menjelang kunjungan ke Club Brugge.

Porto menamatkan rentetan lima seri berturut-turut terima kasih kepada gol kemenangan pemain remaja Rui Pedro pada minit ke-95 ketika mengatasi Braga hujung minggu lalu, menamatkan rekod kelab 520 minit tanpa sebarang gol.

“Apa yang penting kami menang tiga mata dan kami akan cuba menggunakan kelebihan ini untuk terus meningkat dan yakin,” ujar jurulatih Porto, Nuno Espirito Santo.

“Saya percaya keputusan tidak menggambarkan apa yang kami lakukan.”

Porto akan memastikan tempat ke kelompok 16 terakhir dengan kemenangan ke atas Leicester, namun keputusan selain itu akan membuka laluan kepada Copenhagen, yang mempunyai kelebihan pertembungan sesama sendiri dengan kelab Portugal itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 8:45 AM