MODEL menunjukkan konsep bayar menggunakan telefon pintar.
MODEL menunjukkan konsep bayar menggunakan telefon pintar.

ParkAide (M) Sdn Bhd (ParkAide) dengan kerjasama Secure Parking Corporation Sdn Bhd (Secure) memperkenalkan kaedah baru parkir kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar tanpa menggunakan tiket.

Ketua Pegawai Teknologi ParkAide, Jason Soong berkata, inisiatif baru ini benar-benar akan menukar cara pengguna meletakkan kereta dan mengakses perkhidmatan letak kereta.

"ParkAide bukan hanya satu aplikasi telefon pintar tetapi ia satu penyelesaian isu letak kereta mesra alam yang menggunakan kemudahan dan fungsi serba boleh telefon pintar untuk mengubah dan meningkatkan pengalaman meletak kereta bagi setiap pemandu kenderaan," katanya.

Aplikasi ParkAide merangkumi ciri fungsi penempahan ruang letak kereta dengan telefon pintar ke fungsi SOS dalam kes kecemasan.

Ia bukan saja dibangunkan untuk meningkatkan kemudahan pemandu, malah membuat keputusan keperluan pengendali tempat letak kereta dalam industri yang semakin sengit.

"Pengendali tempat letak kereta juga tidak perlu menanggung perbelanjaan modal tambahan untuk menyalurkan ParkAide dalam operasi mereka yang sedia ada," kata Soong.

Sebagai pengendali, mereka juga dapat mengesan jumlah ruang yang tinggal dan transaksi yang dibuat pada masa sebenar dengan ParkAide.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:00 AM