Tiga suspek termasuk pengarah agensi Kerajaan Persekutuan di Labuan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan pagi tadi. - Foto Ihsan SPRM
Tiga suspek termasuk pengarah agensi Kerajaan Persekutuan di Labuan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan pagi tadi. - Foto Ihsan SPRM
Syah Rul Aswari Abdullah

Labuan: Pengarah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Labuan bersama dua kontraktor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salahguna kuasa dan menerima rasuah.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Haizah Tamin di Mahkamah Majistret Labuan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah itu kira-kira jam 11 pagi.

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Semalam, pengarah berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.50 pagi

Manakala, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an yang juga kontraktor dari syarikat sama itu pula ditahan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Labuan kira-kira jam 6.30 petang.

SPRM turut membekukan 12 akaun bank milik pengarah dan ahli keluarganya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM889,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 1:16 PM