NOOR Nusratina Fatini Mohd Imran dan kakaknya, Noor Batrisya Ahza Mohd Imran menunjukkan produk jualan Unclezam Frozen Food pada pelancaran Unclezam Frozen Food Area Stokist di Kepala Batas, Pulau Pinang.
NOOR Nusratina Fatini Mohd Imran dan kakaknya, Noor Batrisya Ahza Mohd Imran menunjukkan produk jualan Unclezam Frozen Food pada pelancaran Unclezam Frozen Food Area Stokist di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Syarikat perniagaan dalam talian bagi produk sejuk beku yang pertama di negara ini, Unclezam Frozen Food Network (Unclezam), menyasarkan nilai jualan sehingga RM15 juta setahun.

Berikutan itu, syarikat terbabit kini sedang meluaskan skop pasaran dengan melantik lebih ramai ejen dan stokis serta memberi peluang kepada usahawan sedia ada untuk bernaung di bawah perniagaan e-Francais.

Ketua Pegawai Eksekutif Unclezam, Tuan Norizam Tukiman berkata, ketika ini, terdapat 24 stokis dan 200 ejen Unclezam di seluruh negara dan pihaknya menyasarkan jumlah stokis mencecah 400 orang serta 10,000 ejen menjelang hujung 2017.

Katanya, selain 26 jenis produk sejuk beku ketika ini, sebanyak 100 produk lain dijangka dipasarkan di bawah nama Unclezam, tahun depan.

“Antara produk sejuk beku sedia ada ialah karipap, samosa, roti canai, getuk ubi dan gendang kasturi berharga antara RM13 hingga RM25 sekotak manakala produk premium, petitpai abalone dengan sentuhan Chef Mohd Johari Edrus atau Chef Jo yang juga duta produk berharga RM500 sekotak.

“Kami juga sedang mencari produk sejuk beku Bumiputera lain untuk dipasarkan melalui dalam talian atas nama Unclezam,” katanya selepas perasmian stokis kawasan di Pusat Perniagaan Serdang, dekat sini, semalam.

Perasmian dilakukan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Norizam berkata, melalui program e-Francais, ramai individu mampu bergelar usahawan dan memiliki ‘kedai may’ sendiri dengan menjual produk Unclezam secara dalam talian.

“Melalui konsep berkenaan, sesiapa saja boleh menjadi usahawan dan memiliki kedai maya sendiri hanya dalam tempoh lima minit manakala produk ditempah pelanggan akan dihantar ke rumah mereka.

“Sebelum ini, memang ada usahawan yang mengeluarkan produk sejuk beku tetapi pasarannya tidak meluas selain sukar bersaing dengan jenama antarabangsa seperti Nestle,” katanya.

Menurutnya, mereka yang berminat menjadi ejen Unclezam boleh layari laman web unclezamfrozen.com.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:05 AM