GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norasikin Daineh


Tawau: Pekerja ladang maut selepas diserang gajah liar di ladang Dumpas Bombalai, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.22 petang.

"Dimaklumkan seorang mangsa yang bekerja sebagai pekerja ladang meninggal dunia selepas diserang gajah liar di kawasan ladang berhampiran sempadan Bombalai dan Kalabakan.

"Mangsa menglami kecederaan di kepala dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 9:48 AM