WARNA terang dan jelas dapat memberikan kegembiraan serta tampak ceria.
WARNA terang dan jelas dapat memberikan kegembiraan serta tampak ceria.
PASTIKAN reka bentuk perabot praktikal dan mementingkan aspek keselamatan.
PASTIKAN reka bentuk perabot praktikal dan mementingkan aspek keselamatan.
Faizal Zain

Salam deko. Minggu ini saya menyambung huraian artikel minggu lalu mengenai dekorasi bilik tidur anak. Reka bentuk bilik tidur menyerupai taman permainan satu tema paling digemari kanak-kanak dan sudah tentu mengimpikan ia menjadi kenyataan.

Tahukah anda bilik yang selesa dan menyeronokkan boleh membuatkan anak kurang menghabiskan masa bermain di luar rumah.

Jika mempunyai bilik tidur yang luas, apa kata sediakan sedikit ruang eksplorasi seperti gegelung terowong dari jenis fabrik atau khemah kecil agar anak anda boleh meneroka bersama minda yang aktif.

Sebenarnya reka bentuk bilik tidur impian setiap kanak-kanak. Sebuah bilik yang dihias dan bertemakan animasi atau watak menarik minat boleh membuatkan mereka selesa di ruang itu. Gunakan warna menarik minat mereka. Warna terang dan jelas dapat memberikan kegembiraan serta tampak ceria. Jika tidak terlalu mengikut keutamaan anda, ikut juga sesekali cita rasa mereka.

Seterusnya lampu di dalam bilik juga sangat penting. Seeloknya sediakan dua jenis pencahayaan buat bilik anak iaitu lampu kuning suram dan putih terang. Lampu kuning suram perlu untuk menemani anak tidur malam. Ia penting bagi mereka yang berasa sedikit takut tidur bersendirian. Sementara lampu putih terang sesuai untuk masa belajar dan bermain.

Dalam keasyikan mendekorasi dan menghias bilik tidur anak, keselamatan harus dititikberatkan. Pastikan tiada ruang untuk kemalangan seperti perabot berbucu tajam atau dari jenis kaca. Seeloknya lantai bilik kanak-kanak dari jenis kayu berlamina, bukannya marmar, jubin atau karpet. Ini kerana lantai berasakan batu sangat licin dan menyebabkan anak mudah jatuh. Lantai beralaskan karpet pula mudah kotor dan memerangkap habuk.

Selain itu, pastikan semua peralatan dan kemudahan di dalam bilik berkenaan mudah dibersihkan. Walaupun tidak semua kita memiliki rumah banyak bilik dan mampu menyediakan bilik tidur untuk setiap anak, huraian ini boleh dijadikan panduan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 5:01 AM