AHMAD Shabery (dudk, tiga kiri) bersama barisan artis yang bakal membuat persembahan di MAHA 2016. FOTO Zulfadhli Zulkifli
AHMAD Shabery (dudk, tiga kiri) bersama barisan artis yang bakal membuat persembahan di MAHA 2016. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Suraya Roslan


Serdang: Ekspo agromakanan terbesar negara, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 akan membuka tirai pada 1 hingga 11 Disember ini dengan sasaran 3 juta pengunjung.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, MAHA 2016 bakal menampilkan satu kelainan kerana buat pertama kali elemen hiburan akan disuntik bertemakan 'Rhythm of the Farmers' (ROTF).

"Kita memperkenalkan konsep ‘agrotainmen’ sebagai tarikan masyarakat kepada pertanian menerusi hiburan.

"Selain ROTF, elemen agrotainmen turut disemarakkan menerusi beberapa tarikan lain seperti Kampung Durian Runtuh Upin Ipin, Kampung Mak Cun serta tapak perkhemahan AgroYouth Camp," katanya dalam sidang media khas MAHA 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Katanya, penganjuran MAHA tahun ini membabitkan 1,500 gerai dan sasaran keuntungan runcit RM300 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 6:08 PM