KHOO (tengah) menunjukkan dadah yang ditemui dalam serbuan itu. FOTO Mohd Rizal Abdullah
KHOO (tengah) menunjukkan dadah yang ditemui dalam serbuan itu. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Lelaki yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah terutama di pasaran Brunei ditahan polis di rumah di Lutong, di sini, semalam.

Suspek berusia lingkungan 20-an ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri bersama anggota Polis Diraja Brunei pada 1.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, hasil pemeriksaan polis menemui dua bungkusan plastik mengandungi ganja mampat yang disorokkan di dalam kotak serbuk soya dan 10 pil Erimin 5di dalam beg sandang suspek.

Menurutnya, penahanan suspek membawa kepada satu lagi serbuan di rumah kosong di Tanjong Lobang danmenemui 125,15 gram ganja mampat dan 900 biji pil Erimin 5.

"Nilat keseluruhan dadah membabitkan RM103,200 manakala wang tunai RM9,000 yang bersama suspek turut dirampas.

“Kes disiasat mengikutSeksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 4:05 PM