UPACARA penenggelaman KM Kuraman di Pulau Manukan. FOTO Mohd Adam Arinin
UPACARA penenggelaman KM Kuraman di Pulau Manukan. FOTO Mohd Adam Arinin
Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Kapal maritim (KM) Kuraman milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan dan tarikan terbaru pelancongan di perairan Taman Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, usaha itu adalah sebagai habitat pertumbuhan terumbu karang selain menarik banyak hidupan marin serta pelbagai spesies ikan.

Beliau berkata, dengan adanya 'aset' baru dalam laut berkenaan, ia secara tidak lansung akan merancakkan lagi industri pelancongan membabitkan aktiviti selam di kapal karam atau 'Wreck Dive' yang pertama di Taman-Taman Sabah (TTS) dan perairan negeri ini.

"Ia mampu mempelbagaikan lagi kekayaan biodiversiti sedia ada di taman ini," katanya selepas merasmikan upacara penenggelaman KM Kuraman di Pulau Manukan, Taman Tunku Abdul Rahman, dekat sini, hari ini.

Hadir sama adalah Pengarah Maritim Wilayah APMM Wilayah Maritim Sabah dan Labuan Laksmana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som dan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 8:47 PM