Lelaki terbabit di bawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque
Lelaki terbabit di bawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuching: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengugut mahu membakar rumah di Kampung Bintawa Tengah, di sini, sebelum ditahan polis jam 11.15 pagi tadi.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mengugut membakar rumah sejak pagi tadi namun usaha memujuk oleh ahli keluarganya gagal.

Polis dan bomba dipanggil ke lokasi kejadian untuk memujuk lelaki terbabit.

Lelaki terbabit memegang sebilah parang dan pemetik api menyebabkan operasi perlu dilakukan berhati-hati.

Selepas lebih tiga jam cuba memujuk dan tiada tanda lelaki terbabit mahu menyerah diri, pasukan bomba terpaksa menggunakan air untuk melemahkannya sebelum dia ditahan.

Lelaki itu turut mengugut mahu terjun ke sungai berdekatan rumahnya semalam namun berjaya dipujuk.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 11:50 AM