NATASHA Hudson. FOTO Munira Abd Ghani
NATASHA Hudson. FOTO Munira Abd Ghani
Ramlah Zainal


Bukan saja memiliki rupa paras jelita, wanita berdarah kacukan Melayu dan Australia, Natasha Hudson ini juga berbakat besar di pentas lakonan.

Sepanjang lebih sedekad berkecimpung dalam bidang lakonan dia diiktiraf Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin ke-26 melalui filem Lemak Kampung Santan.

Namun, selepas berhijab, berkahwin dan membina keluarga, Natasha, 34, seolah-olah menyepi dari persada hiburan tanah air.

Kali terakhir dia berlakon ialah sebagai watak pembantu dalam filem komedi Mamak Cupcake bersama Shaheizy Sam dan Siti Saleha.

Kini selepas empat tahun menyepi, Natasha berhasrat untuk ‘comeback’ sekali gus mengubat rindunya terhadap lakonan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 7:50 AM