KANTA lengkap untuk keselesaan berpanjangan.
KANTA lengkap untuk keselesaan berpanjangan.

Selesa, cantik, glamor dan memberi perlindungan kepada mata, antara ciri menarik pada kanta lekap yang berkualiti tinggi. Kanta lekap bukan saja membantu penglihatan lebih baik malah ia juga mengubah penampilan biasa tampak lebih menarik.

Ramai yang mahu tampil menawan dengan lirikan menggoda melalui pemakaian kanta lekap pelbagai warna. Pada masa sama, faktor keselamatan mata juga perlu diambil perhatian.

Faktor utama yang mesti dititikberatkan ketika memilih kanta lekap adalah memiliki kualiti yang tinggi sekali gus mengelak risiko kornea mata tercedera.

Memahami kehendak pengguna yang mahu tampil cantik dan selamat, Coolense diperkenalkan. Ia dihasilkan dengan revolusi teknologi empat lingkaran warna bagi memastikan pemakaian kanta lekap tampak semula jadi.

Ada kalanya, si pemakai berasa gatal, kurang selesa dan bahagian dalam mata bertukar warna merah-kemerahan jika mengenakan kanta lekap dalam tempoh lama.

Justeru, Coolense direka dengan tahap kandungan air dan oksigen yang tinggi bagi memberi keselesaan kepada si pemakai dalam jangka masa lama di samping mengelak mata menjadi kering.

Rangkaian kanta lengkap berkenaan menawarkan pilihan kanta dengan kuasa serendah PWR 0.00 sehingga PWR -8.00 untuk memastikan si pemakai kaca mata turut mampu bergaya dan melihat dengan jelas.

Ia boleh didapati pada harga RM55 (PWR-0.00) dan RM65 untuk yang mempunyai kuasa. Setiap pembelian kanta lengkap berkenaan turut didatangkan dengan penyimpan eksklusif secara percuma.

Selain menonjolkan gaya menarik dan memberi perlindungan kepada mata, kanta lengkap berkenaan juga boleh digayakan sehingga 45 hari.

Ia menawarkan 10 warna yang menarik seperti kelabu, biru, hijau, perang dan ungu untuk memberi pilihan pelbagai kepada si pemakai. Koleksi kanta lekap berkenaan boleh didapati secara dalam talian dengan melayari laman web rasminya, www.coolense.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 1:08 PM