Nur Qurratu Ain lengkapkan bahagia Shuk dan isteri. FOTO IHSAN SHUK SYJ
Nur Qurratu Ain lengkapkan bahagia Shuk dan isteri. FOTO IHSAN SHUK SYJ
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Isteri kepada pelawak terkenal Shuk SYJ iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24, selamat melahirkan bayi perempuan, Ahad lalu jam 10.05 malam.

Shuk, 30, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, isterinya itu selamat melahirkan anak sulung mereka secara normal di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut Shuk, kehadiran bayi seberat tiga kilogram yang diberi nama Nur Qurratu Ain melengkapkan kebahagiaan rumah tangga mereka.

“Saya kini bergelar bapa dan tentunya saya dan isteri sangat gembira. Pastinya tanggungjawab saya lebih besar selepas ini,” katanya.

Menurut Shuk, isterinya dimasukkan ke wad bersalin pada jam 5 pagi dan selepas beberapa jam barulah bayi mereka selamat dilahirkan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 20 Disember tahun lalu.

Shuk turut berkongsi berita kelahiran anaknya itu menerusi Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 6:23 PM