CHE Abdullah (dua kiri) bersama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Pertanian Kelantan, Mat Jusoh Ab Latiff (kiri) melawat pameran kumbang merah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
CHE Abdullah (dua kiri) bersama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Pertanian Kelantan, Mat Jusoh Ab Latiff (kiri) melawat pameran kumbang merah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Kerajaan negeri meminta pengusaha ladang kelapa sawit di Kelantan untuk mematuhi langkah pencegahan dan rawatan mengekang serangan kumbang merah palma (RPW).

Serangga pemusnah itu kini dikesan aktif merosakkan tanaman kelapa sawit di Gua Musang sejak Ogos lalu.

Susulan itu, kerajaan negeri melancarkan Kempen Kawalan Kubang Merah Palma yang digerakkan ke seluruh negeri bagi memberi kesedaran bahaya ancaman terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya kini memantau ancaman RPW dan mengatur langkah tertentu bagi pengeluaran sawit tidak terjejas.

"Jadi kita meminta kerjasama pengusaha ladang supaya bersama-sama memainkan peranan, ambil tindakan cegah segera sebelum tanaman rosak yang boleh menyebabkan kerugian besar termasuk hilang sumber pendapatan negeri.

"Serangan RPW ini bermula dari Thailand dan Indonesia sebelum merebak ke negara ini," katanya pada majlis pelancaran kempen itu, di sini, hari ini.

Seramai 150 pegawai pertanian dan pengusaha tanaman hadir pada majlis itu termasuk Pengarah Pertanian Kelantan, En Karim@ Mohd Khari Yusof.

Dalam masa sama, Che Abdullah berkata, serangan RPW turut mengancam tanaman palma termasuk projek perintis pokok kurma di Pasir Puteh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 3:55 PM