MANGSA dibawa ke hospital selepas ditemui selamat. FOTO ihsan Bomba
MANGSA dibawa ke hospital selepas ditemui selamat. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah

Miri: Pelancong lelaki warga Australia yang hilang 21 Oktober lalu ditemui selamat di kem 1 Taman Negara Mulu, 12.30 tengah hari tadi.

Andrew James Gaskell, 26, ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh kiong berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat, bagaimanapun lemah.

Menurutnya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Miri menggunakan helikopter bomba untuk rawatan lanjut dan selamat tiba, 2.57 petang tadi.

Andrew James Gaskell dilaporkan hilang pada 21 Oktober lalu selepas memasuki taman negara berkenaan.

Ops SAR dilancarkan pada 26 Oktober lalu selepas pihak polis menerima maklumat kehilangan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 3:18 PM