PUTRA Amaris turut menjayakan Karnival Riuh Selebriti di Sungai Petani.
PUTRA Amaris turut menjayakan Karnival Riuh Selebriti di Sungai Petani.

Cuti hujung minggu ini kalau tidak tahu nak buat apa, Cik Pang nak mengajak pembaca di sebelah utara memeriahkan Karnival Riuh Selebriti di Dataran Zero Sungai Petani.

Karnival bermula 27 Oktober lalu berakhir hari ini membabitkan ramai artis popular. Antara mereka Keena Mentor, Putra Amaris, Syed Ali, Aliff AF, Nas Adila, Zarina Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Idlan Raja Lawak dan ramai lagi.

Menariknya karnival anjuran Malay Studio Sdn Bhd dan ZHB Entertainment yang mendapat kerjasama daripada kerajaan Negeri Kedah dan gabungan beberapa agensi berkaitan bertujuan sebagai landasan untuk rangkaian perniagaan kepada usahawan tempatan.

Selain bersempena Tahun Melawat Kedah, Karnival Riuh Selebriti menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti kempen derma darah, cabaran teh tarik, Sambutan Tongkat Putih, persembahan selebriti, pertandingan memasak dan gubahan, Dari Dapur Diraja dan banyak lagi.

Malah pengunjung juga boleh menyertai aktiviti senam robik, cabutan bertuah serta forum keagamaan sepanjang program berlangsung.

Tapi dalam banyak-banyak program, Cik Pang kalau berpeluang nak saksikan demonstrasi memasak dari dapur diraja. Dengarnya, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Brigader Jeneral Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti Sultan Abdul Halim sendiri akan buat demonstrasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:06 AM