Wan Nur Ameera Meor Rozman


Bagi pelajar kursus perubatan, bakal doktor dan doktor, reviu aplikasi kali ini khusus untuk anda.

Jika sebelum ini anda perlu membuka komputer riba dan memuat turun fail berkaitan topik pembelajaran melalui laman web, kini, anda tidak perlu lagi berbuat demikian dengan adanya aplikasi CPG Malaysia.

Aplikasi Clinical Practice Guidelines (CPG) ini adalah aplikasi mudah alih yang direka untuk pakar perubatan bagi memudahkan urusan golongan terbabit dalam membuat sumber rujukan berkaitan CPG dengan lebih mudah.

Sumber aplikasi daripada Kementerian Seksyen CPG Kesihatan (MOH) merangkumi beberapa rujukan berkaitan CPG yang terdiri daripada rujukan cepat (QR), manual latihan (TM) dan juga maklumat risalah pesakit (PIL).

Ia meliputi topik seperti kardiovaskular, endokrin, pernafasan, penyakit berjangkit, buah pinggang, kanser, psikiatri dan kesihatan mental, pediatrik dan kanak-kanak kesihatan, kesihatan wanita, telinga, hidung dan tekak, mata, hematologi, gastroenterologi, rheumatologi, ortopedik, kulit, kesihatan gigi, mulut dan lain-lain.

Bahkan, anda juga boleh memuat turun sebarang topik yang terdapat dalam senarai secara mudah dan pantas sekali gus membolehkan anda membacanya dalam format telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada kedua-dua platform App Store dan Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 10:37 AM