Mohd Razlan Salleh

Alami pemanduan sedan terlaris Honda City yang tiada tandingan dengan ciri 5S lebih gaya (style), ruang (space), penjimatan (savings), keselamatan (safety) dan spesifikasi (specifications).

Model City dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT termaju di bawah Teknologi Earth Dream Honda.

City juga dilengkapi pelbagai ciri mendahului kelasnya seperti lapan ruang meletak minuman, paparan audio bersama fungsi MirrorLink (varian V) bersaiz tujuh inci, sistem kemasukan pintar dan banyak lagi.

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Brek Anti Kekunci (ABS) dan ISOFIX.

Honda City ini juga boleh didapati dalam warna lebih menyerlah iaitu ‘Dark Ruby Red Pearl’ yang melengkapkan empat warna lain antaranya ‘Taffeta White’, ‘Modern Steel Metallic’, ‘Alabaster Silver Metallic’ dan ‘Crystal Black Pearl’.

Miliki yang terbaik, abaikan yang lain! #hondamalaysia #hondacity.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/2dOzUhA.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 7:01 AM