PASUKAN Northern Eagle dari JBPM Kedah muncul johan keseluruhan bagi kategori agensi penyelamat terbaikIMIREX Competition 2016 di Melaka, semalam. FOTO Zuliaty Zulkiffli
PASUKAN Northern Eagle dari JBPM Kedah muncul johan keseluruhan bagi kategori agensi penyelamat terbaikIMIREX Competition 2016 di Melaka, semalam. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Pasukan Northern Eagle dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah muncul johan keseluruhan kategori

agensi penyelamat terbaikpada Pertandingan Latihan Kemalangan Berat Peringkat Antarabangsa (IMIREX Competition 2016) di Melaka semalam.

Dalam kategori itu, pasukan dari JBPM Kedah menewaskan enam pasukan penyelamat lain termasuk JBPM Kuala Lumpur, Selangor dan Johor serta Angkatan Pertahanan Awam (APM), Myfast, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pasukan Northern Eagle yang disertai seramai 10 pegawai dan anggota yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Shuib Idris merangkul kejuaraan bagi tiga acara iaitu Twilight Mirex, Hydro Myrex, dan Canopy Mirex manakala MIREXathron pula merangkul naib johan.

Kejohanan ini dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi pendedahan dan menjalankan tugas penyelamatan apabila berlakunya bencana besar.

Shuib selaku Ketua Pasukan berkata, ini adalah pertandingan kali pertama yang disertai JBPM Kedah dan turut mendapat sokongan daripada Pengurus Pasukan iaitu Penguasa Kanan Bomba I Mohamad Yunus Abu.

Beliau berkata, kemenangan itu adalah hasil daripada semangat kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh semua ahli pasukan selain mengharumkan nama JBPM Kedah khususnya JBPM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 2:09 PM